ICT (Microsoft Word) Untuk Kanak-Kanak Tadika Lagenda Cemerlang
9 September 2016| Aktiviti TerkiniKelas pembelajaran Microsoft word telah diperkenalkan kepada kanak-kanak Tadika Lagenda Cemerlang, Presint 9 Fasa 10, Putrajaya bagi persediaan kanak-kanak memulakan pendidikan persekolahan yang akan dilalui oleh mereka di sekolah rendah nanti . Kelas ICT untuk kanak-kanak tadika ini telah dihadiri oleh kanak-kanak seawall usia 4 tahun hinggalah 6 tahun.
Kanak-kanak tadika tersebut diberi pendedahan dalam menggunakan Microsoft word untuk kegunaan membuat kertas kerja diperingkat persekolahan mereka nanti.
Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menghadiri kelas yang dianjurkan:
-Program ini disediakan untuk memberi pendedahan ICT kepada kanak-kanak tadika 4-6 tahun secara percuma. Memberi kelebihan kepada kanak-kanak tadika mendapat pendidikan ICT secara percuma dan persediaan mereka diperingkat persekolahan nanti.
-Kanak-kanak tadika boleh belajar tentang berbagai-bagai perkara dan pengetahuan menggunakan aplikasi Microsoft word dalam kerja harian mereka
-Kanak-kanak tadika juga seronok dalam sesi pembelajaran tersebut kerana dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya serta sering berinteraksi dengan guru secara langsung.
Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini dijalankan
- Sesi pembelajaran amat menyeronokkan kerana kanak-kanak boleh terus berinteraksi dengan tenaga pengajar yang terdiri dari petugas Pusat Internet 1 Malaysia.
- Kanak-kanak tadika berpeluang menimba ilmu.
- Kanak-kanak tadika dapat mengajukan soalan dan pertanyaan kepada guru secara langsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: